Wednesday, 17 October 2012

Pemikiran Sebagai Asas Etika dan Nilai-Nilai Moral




Kehidupan individu dan masyarakat memerlukan kepada suatu set peraturan yang dapat menjamin kesejahteraan hidup dalam semua aspek kehidupan.

APA ITU ETIKA ??

Etika ialah set peraturan yang dikenali sebagai etika ini adalah falsafah moral yang memberikan tumpuan kepada tingkah laku individu dalam kehidupan.

KONSEP DAN PEMBAHAGIAN ETIKA

Berdasarkan perspektif ilmu falsafah ,etika digolongkan sebagai falsafah moral iaitu satu cabang ilmu falsafah yang secara khusus membincangkan tentang apa yang dikatakan tingkah laku yang baik dan tingkah laku yang buruk. Para sarjana dan ahli falsafah membahagikan etika kepada tiga iaitu;

Etika Meta (meta ethics)

Meta bermaksud “di sebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar”. Hal ini menjelaskan bahawa etika meta melibatkan persolan-persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan,keagamaan,kebenaran sejagat dan peranan akal. Ini melibatkan metafizikal psikologi dan linguistic yang merupakan konsep-konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Etika agama atau etika deskriptif terkandung dalam etika meta. Ia membincangkan system moral golongan manusia yang menganuti pelbagai agama dan fahaman seperti Islam, Kristian, Buddhisme dan Hinduisme. Persoalan agama terutamanya yang melibatkan alam ghaib sememangnya sesuatu yang di luar pandangan mata kasar.

Sebagai contoh kepada etika meta, etika keagamaan Islam boleh dirujuk. Islam bukannya agama dalam pengertian tradisional atau religion dalam sebagai hubung ritual dan ceremonial antara penganut agama dengan Tuhan semata-mata tanpa pengaruh signifikan dalam kehidupan bermasyarakat.

Hubungan dengan Tuhan itu timbul tenggelam pada masa dan upacara tertentu sahaja. Sekejap ada sekejap tiada. Islam adalah Addin yang merupakan sistem hidup yang mencakupi seluruh aspek dan daerah kehidupan. Islam adalah cara hidup yang syumul,lengkap dan sempurna. Islam adalah “way of life”. Islam mengatur semua persoalan dunia dan akhirat, kecil dan besar, kehidupan individu mahupun kehidupan bermasyarakat.

Etika Islam menekankan kepada kerangka matlamat penciptaan manusia dan peranan yang wajib dimainkan oleh Muslim dalam kehidupan individu dan masyarakat. Ia menegaskan tanggungjawab penganutnya sebagah hamba Allah, tanggungjawab sebagai khalifah Allah dan tanggungjawab dakwah.

Tanggungjawab sebagai Hamba Allah

Tanggungjawab insan yang asasi ialah memperhambakan diri kepada Allah Azzawajalla. Hakikat ini jelas melalui perisytiharan yang terkandung dalam Firman Allah (maksud) :

            “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah (menyembah) kepadaKu.
( Adz - Dzaariyaat 51:56)

Hakikat kehambaan bermaksud bahawa setiap insane mengakui bahawa mereka adalah kepunyaan Allah dan Allahlah yang maha berkuasa mengatur kehidupan insane. Allahlah penguasa dan hanya sistem Allah yang mampu memberikan kebahagiaan kepada insane dan alam.
Bagi Muslim-Mukmin, dirinya diserahkan kepada Allah kerana Allahlah yang menjamin keamanan dan kesejahtaraan. Dalam konteks ini, Khurshid Ahmad (Prof) menjelaskan bahawa prinsip asas Islam ialah,
“Islam stands for a commitment to surrender one’s will to the will of God and thus to be at peace Creator and with all that has been created by Him. It is through submission to the will of God that peace is brought.”

Tanggungjawab sebagai Khalifah Allah

Insan dipertanggungjawab sebagai Khalifah Allah. Hal ini ditegaskan melalui Firman Allah (maksud): “Ingatlah ketika Rabbmu berfirman kepada para malaikat,

            “Sesungguhnya Aku hendak seorang khalifah di bumi......”
(Al-Baqarah 2:30)

Al-Qurthubi antara lain menggariskan tugas khalifah adalah untuk menegakkan hokum, mencegah perbuatan keji, membantu golongan yang teraniaya dan membanteras kezaliman. Tegasnya, khalifah bertanggungjawab menegakkan keadilan dan kesejahteraan umat berpandukan peraturan Allah.

Tanggungjawab Dakwah

Dakwah merupakan tanggungjawab setiap insane Muslim. Berdakwah adalah usaha yang optimum mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kejahatan. Insan yang beriman kepada Allah tidak akan mengabaikan tanggungjawab berdakwah sebagaimana firaman Allah (maksud),

            “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka adalah orang-orang yang beruntung.”
(Ali-Imran 3:104)

            Melaksanakan kerja dakwah juga adalah piawai bagi menentukan status sesuatu umat, sama ada umat itu umat yang baik atau buruk. Dakwah menjadi prasyarat kepada pembentukan umat terbaik sebagaimana firman Allah (maksud),

            “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar . Dan beriman kepada Allah....”
(Ali-Imran 3:110)

Etika Normatif (normative ethics)

Etika normative membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral yang ada dan kemudiannya mencadang satu sistem yang standard untuk semua. Ia diasakan kepada rasional dan penaakulan akal. Persoalannya ialah keupayaannya membentuk etika yang standard untuk semua kerana rasional dan akal manusia itu berbeza-beza antara satu sama lain.
Asas etika normative tetap boleh ditemui contohnya, prinsip membuat kebaikan, “berbuat baiklah kepada orang lain berbuat baik kepada kamu”. Maksudnya, jika kita inginkan layanan baik daripada orang lain terhadap kita maka kita hendaklah melayan orang dengan baik.

Teori deotologikal menilai baik buruk berdasarkan tindakan. Contohnya, menolong adalah perbuatan yang baik. Manakala, teori teleological menilai baik-buruk berdasarkan kesan tindakan. Contohnya, jika seseorang curi itu mencuri harta seorang kaya yang bakhil dan mengagihkannya kepada ramai orang miskin maka perbuatan itu dianggap baik.

Etika Gunaan (applied ethics)

Etika gunaan membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan,perguruan,perubatan, alam sekitar, social dan seks. Ia dapat berusaha menggubal etika yang dapat memberikan panduan dan mengawal bidang-bidang tersebut untuk kegunaan masyarakat. Di samping itu cuba mencari penyelesaian terhadap masalah semasa dengan menggunakan pelbagai teori dan konsep termasuklah daripada etika meta dan etika normativ.

ALIRAN- ALIRAN ETIKA

Etika telah membentuk pelbagai aliran dan doktrin. Hal ini berlaku kerana pelbagai uasaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak bagi memberikan tafsiran tentang etika. Persepsi dan perspektif yang pelbagai wujud kerana latar belakang individu dan masyarakat yang tidak sama di samping asas pegangan yang turut berbeza.

Utilitarianisme

Utilitarianisme berasal daripada perkataan utility yang membawa maksud ‘guna’, ‘berguna’ atau ‘kegunaan’. Doktrin moral ini menegaskan bahawa manusia patut memaksimumkan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan seramai mungkin orang lain. Utilitarianisme diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873).

Hedonisme

Hedonisme merupakan doktrin yang mengatakan bahawa ‘behaviour is motivated but the desire for pleasure and the avoidance of pain’
Budaya hedonism membiakkan pula sikap individualistik dan egoistik dan hanya mementingkan diri dan masyarakat berpesta-pesta. Serangan hedonism telah membentuk masyarakat yang hanya mementingkan kesenangan diri.

Eksistensialisme

Eksistensialisme berpaksikan kebebasan. Individu mempunyai kebebasan menentukan tindakannya. Eksistensialisme menekankan tentang kebebasan individu membuat pilihan dan pilihan dibuat berdasarkan sumber asal. Terdapat 3 bentuk kebebasan bagi golongan ini iaitu :
a.       Jasmani
b.      Kebebasan kehendak
c.       Kebebasan moral

AKHLAK ISLAM

Merupakan agenda mesti dberi perhatian bagi memenuhi matlamat kedatangan Islam kepada umat manusia iaitu penyempurnaan akhlak mulia. Islam memberi perhatian yang serius terhadap pembentukan akhlak yang baik. Justeru, pembentukkan akhlak mulia sangat diberi perhatian melalui disiplin, kaedah dan tatacara yang telah diteladani oleh junjungan besar Rasullulah s.a.w.

Definisi Akhlak

 Merujuk kepada perangai yang menyenangkan, lemah lembut dalam pergaulan, berseri wajah, sedikit perselisihan dan baik percakapan (Al- Mawardi,2000) dan (Yaficie, 1961). Berbeza dengan pandangan umum mencakupi aspek yang sangat luas seperti tingkah laku secara individu dan kejernihan air muka yang terpancar.

Hubungan Akhlak Dengan Ilmu Tasawuf

Pengertian dalam Tasawuf ialah bentuk mesti dipraktikkan oleh setiap individu muslim yang sejati seperti yang terungkap dalam kata-kata Abu Hussainal-Nuri (m.295)

KESIMPULAN

Pemikiran sebagai asas etika mempunyai kaitan dengan adab,akhlak mahupun nilai- nilai moral sehingga tidak wujud perbezaan yang ketara. Manusia dididik dalam pelbagai cara namun, dididikan itu akan dikritikan adakah ia baik atau buruk bagi orang yang dapat pendidikan itu. Bermulanya sekecil-kecil tindakan juga akan memberi kesan secara positif atau negatif. Oleh itu, setiap agama mempunyai kekekuatan adab sendiri sebagai asas pembentukan perkara-perkara kepercayaan agama masing-masing.

No comments:

Post a Comment