Tuesday, 6 June 2017

PRA-SYARAT GANJARAN BESAR DI BULAN RAMADHAN

Asalamualaikum,


Dalam kesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Ramadhan Kareem kpd semua rakyat Muslim.


Harini dah ramadhan ke-11.. So, how uols punya puasa.. OK tak? hehe. Baru nak masuk saringan minggu ke-2 kannn..


MOga semuanya berjalan dgn lancar. Tingkatkan ibadah daripada biasa di bulan Ramadhan ini, sebabnya hanya di bulan ini sahaja korang boleh dapat pahala berganda2 lagi. Betapa sayangnya Allah pada kita.


Okay, dah alang-alang ni..Aku nak share sikit apa aku dapat tazkirah daripada jemputan ustaz-ustaz dari luar di surau tempat kerjaku..Di bulan mulia ni..Setiap Isnin hingga Khamis, ada tazkirah selama sejam di surau..Manakala setiap hari Jumaat pula kami ada taddarus Al-Quran..Mengisi juga la kan masa dibulan puasa ni.. Alhamdulilah..Setakat ni aku tak ketinggalan lagi untuk pergi mendengarnya..Harap terus istiqomah lah ye..aminnn..


Aku ada beberapa tajuk nak dikongsikan, tapi aku buat note je. Hehe.


Untuk kali pertama ni aku nak kongsi berkenaan;


PRA-SYARAT GANJARAN BESAR DI BULAN RAMADHAN:




1. Bertaubat NASUHA


- Kenapa perlu minta ampun dengan Allah? Sebabnya tiap-tiap hari & saat mesti kita akan buat dosa kann..So, kita mesti taubat bersungguh-sungguh. Kita tidak akan tahu bila kali terakhir kita akan sempat bertaubat. Dan dibulan puasa ni la, Allah bagi peluang yang sangat besar untuk kita bertaubat..


2. Lupakan dunia buat seketika


-Banyakkan berzikir & selawat
-Dimana-mana pun boleh beribadat: cth-berjalan kaki pun kita boleh berzikir,sentiasa berdoa untuk kebaikkan dan kita tidak tahu saat bila Malaikat akan angkatkan doa kita. So, sentiasa lah buat apa sahaja kebaikkan.


3. Berpuasa dengan sepenuh hati


-Sahur yang paling baik ialah sepuluh minit sebelum waktu subuh. Cth: Waktu subuh 5.40Pagi (Sahur pada 5.30Pagi +-)
-Bersahur jangan berlebihan, cukup lah dengan 3biji kurma dan segelas air.


4. Melaksanakan tuntutan Ramadhan dengan ilmu dan kefahaman


- Apa yang makanan Nabi Muhammad  suka makan dan kamu amalkan maka pahala kita dapat pun berganda. Itulah salah satu ilmu dan kefahaman kita amalkan.
- Mencari ilmu tanpa putus asa. Insha Allah, Allah menolong kita dengan menghantar orang-orang yang baik di sekeliling kita untuk bantu bersama.


5. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang merosakkan pahala


-Jangan bazir makanan
-Jahil
-Lalai
-Bermusuhan & benci
-Terlalu menuruti nafsu
-Mensia-siakan waktu
-Bakhil (kedekut)
-Hasad dengki, dendam
-Menangguh-nangguhkan, cth: tangguh bayar zakat fitrah, solat
-Putus silaturrahim, cth: merajuk dengan suami 3hari paling lama..Selepas itu, wajib tegur, Tak nak bercakap dengan mak ayah atau adik beradik.


6. Memberikan masa secukupnya di bulan Ramadhan


-Hak terhadap Al-Quran, Hak Isteri & anak-anak,Hak Kerja, Hak Keluarga
-Masa terbaik adalah menunggu solat ke solat


7. Hidup bersama Al-Quran dibulan Ramadhan


8. Berlumba-lumba untuk melakukan amal kebajikan.


- Menjamu orang berbuka puasa


9. Bernekad memburu Lailatul Qadar malam 10 akhir ramadhan


10. Istiqamah dalam mempraktikan sunnah dalam kehidupan seharian


-Berdoa banyak-banyak (submit doa byk2) sebelum berbuka puasa adalah terbaik (dengan syarat janganlah berdoa depan makanan..haha..)




**INFO**


Sudin tak niat puasa? Tapi tetap nak puasa.


Soalan: Sah ke tak puasa sudin?
Jawapan: Sah, sebab Sudin berazam nak puasa.


Okay itu sahaja aku dapat kongsikan pertama kali di bulan Ramadhan ini. Insha Allah, kalau ada masa aku kongsi lagi ye.




Salam berjumpa lagi :) 

No comments:

Post a Comment