Thursday, 8 June 2017

KELEBIHAN-KELEBIHAN MENGINGATI ALLAH

Asalamualaikum,



Alhamdulilah,  salam Ramdahan ke -13 masih berkesempatan aku nak share nota lagi...(Kalau ada error part minta tolong tunjuk kan)


Nak share cerita yang buat kita sedar bersama (kalau sedar la)... aku dengar seorang Puan ni (dah anggap macam mak kita juga) bagi nasihat masa taddarus sama-sama, dia bagitahu setelah dia mendengar kita semua baca dalam group..katanya cth pengajaran buat kita semua:
“Ada orang umur 12 tahun dah khatam Quran..lepas tu dah pandai semua bacaan, lama-lama tutup Quran dan simpan..Sudah lama bertahun-tahun tak buka Quran, bila buka dan baca dah mula tergagap-gagap..Kita ni kena sentiasa baca Quran supaya iman kita naik..Dan melatih / membiasakan diri mata liar menangkap bacaan lebih bagus (maksudnya cepat tangkap dan dah tahu apa next huruf nak dibaca sebab dah biasa istiqomah baca kan, tak ada lah tergagap-gagap..cuba korang yang dah biasa baca satu surah tu jee..tak pandang pun korang ingat kan apatah lagi kita ngaji depan al-Quran..Lagi bagus bacaannya),malah sebutan bacaan kita perlu sentiasa ada pembelajaran dan pembetulan..So, maksud Puan ni kata kita patut baca Quran walaupun sebaris dua baris ayat setiap hari / setiap lepas solat yang penting istiqomah, biar sikit-sikit tapi kita buat hari-hari supaya kita tak kecundang dan berat bila jadi kes tersebut (atas tadi aku cerita tu) huhu..Cari lah guru untuk minta tolong ajar dan dengar bacaan kita..(Baca satu ayat pun dah dapat banyak pahala, apatah lagi untuk orang yang masih lagi bertatih membaca lagi la ‘double pahala’ dapat). Jangan lupa dah baca tu,cuba selit-selit sekali baca tafsirnya.

Fuhhh..Menusuk hati kena tegur begitu tau..Aku yang baru 5 tahun revert masih proses belajar merangkak-rangkak dah terasa.. Insha Allah, ISTIQOMAH tu sangat penting..Sebab tu bulan Ramadhan ini ialah bulan kita patut mula didik hati kita sehingga dah terbiasa bawak ke bulan-bulan lain..

Aku takut sebenarnya ni (takut tak istiqomah)..Uwaa...Semoga Allah bantu aku..aminn..

Next, terpanjang pula aku cerita..hehe..


Tajuk tazkirah ni aku letak ayat sendiri, aku dapat tahu lebih kepada berkenaan KELEBIHAN mengingati Allah SWT;


Allah SWT berfirman, “ Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi syariat-Ku) nescaya Aku akan mengingati kamu (yakni membalas kamu dengan kebaikan di dunia dan akhirat).” (al-Baqarah:152)

 
Seandainya umatku tahu betapa anggungnya Ramadhan;

1. Segala yang molek dan kebaikan ada di bulan Ramadhan ini.
2. Segala perbuatan dan kata-kata serta ketaatan dirakam terus pada Allah SWT:


-solat Jemaah, solat sunat (syukur wuduk,rawattib,dhuha,tahiyatul  masjid,terawih,witir,tahajud,tasbih,istikharah,hajat) 


Allah SWT berfirman, “Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta   kerjakanlah solah tahajud sebagai solah tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di Maqam Mahmud (tempat terpuji).” (al-Isra’:79) 

Keterangan: Apabila semua manusia berada dalam keadaan huru-hara pada hari kiamat maka dengan syafaat daripada Nabi Muhammad SAW mereka akan mendapat kelepasan daripada huru-hara tersebut dan penghisaban akan bermula. Hak untuk memberi syafaat itulah yang dinamakan Maqam Mahmud. (Bayan ul-Quran)  



Sayyidina Abu Umamah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Tiada sesuatu perkara yang diberi oleh Allah SWT untuk mana-mana hamba yang lebih afdal daripada taufiq untuk mengerjakan dua rakaat solah sunat. Sesungguhnya kebaikan ditaburkan ke atas kepala seseorang hamba itu selama dia sedang bersolah. Mana-mana hamba pun tidak dapat lebih menghampirikan diri kepada Allah SWT melainkan dengan sesuatu yang datang daripada Allah SWT itu sendiri (yakni al-Quran).” (Tarmizi) 

3.Segala doa dimakbulkan; doa mak ayah,(doa musafir-beri salam sebelum mula perjalanan, baca syahadah,selawat,doa perjalanan,baca Quran/ al-kursi,zikir dan istighfar, solat sunat), doa teraniaya.


Allah SWT berfirman, “Ketahuilah,dengan zikrullah itu hati manusia menjadi tenang.” (ar-Ra’d:28) 


Allah SWT berfirman, “Tidaklah engkau (wahai Muhammad) berada dalam sesuatu urusan, tidaklah engkau membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat daripda al-Quran, tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan, melainkan Kami menjadikan saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya.” (Yunus: 61) 


Allah SWT berfirman, “ Maka bertasbihlah (bersolah) kepada Allah SWT semasa kamu berada pada waktu malam (solah maghrib dan ‘isyak) dan semasa kamu berada pada waktu subuh (solah subuh).” (ar-Ruum: 17)

4. Segala dosa diampunkan


Allah SWT berfirman, “Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampun) bagi orang yang melakukan kejahatan dengan sabab kejahilan. Kemudian mereka bertaubat serta membaiki amalannya. Sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu, benar-benar Maha Pengampunan, lagi Maha Penyayang.” (an-Nahl:119) 


Allah SWT berfirman, “Mengapakah tidak kamu semua memohon keampunan kepada Allah SWT supaya kamu diberi rahmat.” (an-Naml:46)


Allah SWT berfirman, “Wahai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah SWT dengan taubat ‘Nasuha’ (sehingga ingatan terhadap dosa itu pun hilang daripada hati).” (at-Tahrim:8)


5.Sedekah


“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Ali Imran, ayat :92) 


6. Ilmu / Majlis taklim


Allah SWT berfirman, “Dan berdoalah dengan berkata, wahai Tuhanku tambahlah ilmu untukku.” (Toha:114) 


7. Syurga


Betapa agungnya nikmat syurga jika dibandingkan dengan kesenangan dunia. Oleh kerana itu, masuk syurga dan selamat dari neraka adalah suatu  yang amat agung serta kemenangan yang sangat besar Allah SWT telah berfirman:


"Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung." (Ali Imran: 185)


"Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di syurga ‘Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar, itu adalah keberuntungan yang besar." (at-Taubah: 72)


Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda: "Berfirman Allah s.w.t : Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia" (Riwayat Bukhari dan Muslim)


 


 
Salam berjumpa lagi :)










Sumber rujukan tambahan :
Kitab Muntakhab Ahadis Hadis-Hadis Pilihan
https://peribadirasulullah.wordpress.com
http://www.jais.gov.my








No comments:

Post a Comment